Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangasaan Sungai Soi ditubuhkan pada 2 Januari 2003 setelah menerima penyerahan kunci rasmi pada 31 Disember 2002.  Bangunan SMK Sungai Soi didirikan di atas tapak seluas 5.86 ekar dengan kos pembinaan RM15.1 juta.  Pada peringkat awalnya SMK Sungai Soi menerima 13 orang guru dan 280 orang pelajar tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan empat.

Tuan Hj. Yusof Bin Osman merupakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi yang pertama.  Beliau telah berkhidmat di sekolah ini, bermula pada bulan Januari 2003 sehingga bulan Ogos 2004.  Sepanjang perkhidmatannya di sekolah ini, beliau telah mencurahkan usaha dan baktinya dengan penuh dedikasi demi memajukan SMK Sungai Soi pada peringkat awal.

Usaha beliau kemudiannya diteruskan oleh Pn.Azizah Bt Mohamad AMP, Pengetua kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi selepas Tuan Hj. Yusuf.  Beliau telah berkhidmat bermula dari bulan Ogos 2004 sehingga Disember 2006.  Kepimpinan SMK Sungai Soi seterusnya diterajui oleh Tn. Hj Rahim Bin Musthaffa bermula dari bulan Disember 2006 hingga akhir Oktober 2009. Bermula dari 16 Disember 2009 SMK menerima pengetuanya yang ke empat iaitu Pn. Normahiyah binti Mahiyudin yang telah berkhidmat sehingga 31 Mei 2011. SMK Sungai Soi menerima tarajunya yang ke lima iaitu Pn. Hajah Nor Hayati binti Mohd Ghazali yang mula menjalankan tugas pada 1 Jun 2011 sehingga 1 Jun 2014 dan diteruskan oleh pengetuanya yang ke enam iaitu Tuan Haji Ali Afandi bin Abdul Majid pada 3 Julai 2014.

Dalam usaha melaksanakan setiap tugas terhadap SMK Sungai Soi, Pengetua-pengetua yang memimpin SMK Sungai Soi bergerak seiringan dengan perkembangan  teknologi maklumat dan komunikasi serta nilai-nilai peribadi murni diterapkan agar kita dapat mencapai peradaban yang tinggi

Secara keseluruhanya, warga SMKSS haruslah proaktif, dinamis, berkaliber serta harus berani meneroka alam baru yang serba mencabar.

Pembinaan Surau SMKSS

Pembinaan Surau SMK Sg Soi, Kuantan, Pahang DM

Jumlah Pelawat

Today65
Yesterday65
This week130
This month1180
Total104454

Tuesday, 16 January 2018 17:33

Who Is Online

Guests : 14 guests online Members : No members online
Powered by CoalaWeb
Joomla templates by Joomlashine