Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2017!

 

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada para pelajar sekalian.

Pada tahun ini, sekolah telah menjalankan sedikit perubahan berkaitan dengan proses pembelajaran di sekolah. Untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Menengah Kebangsaan telah mencorak langkah dan mengambil pendekatan baru di sekolah. Sistem 'Mobile Class' telah diperkenal kepada para pelajar bermula hari Selasa, 3 Januari 2017. Para pelajar tidak lagi hanya duduk di dalam kelas menanti kehadiran guru untuk masuk ke dalam kelas. Sebaliknya, mereka akan bergerak menuju ke dalam bilik yang ditetapkan kepada setiap guru di sekolah ini. Setiap guru telah diperuntukkan dengan bilik masing-masing untuk membantu memaksimakan penggunaan alat bantu mengajar di samping memudahkan pihak guru untuk menyalurkan maklumat dan informasi berkaitan subjek yang diajar.

Idea ini telah dilahirkan oleh Tuan Pengetua SMK Sungai Soi, iaitu Tuan Haji Mahadzir Bin Hanafiah dan mula dizahirkan pada hari Sabtu, 31 Disember 2017 pada hari Pendaftaran Pelajar Sesi 2017. Mari kita lihat corat-coret pada hari tersebut.

Pembinaan Surau SMKSS

Pembinaan Surau SMK Sg Soi, Kuantan, Pahang DM

Jumlah Pelawat

Today65
Yesterday65
This week130
This month1180
Total104454

Tuesday, 16 January 2018 17:36

Who Is Online

Guests : 37 guests online Members : No members online
Powered by CoalaWeb
Joomla templates by Joomlashine