Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2013

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tahun 1995 dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Bagi tahun 2013, sambutan HKS ditetapkan sambutannya di antara 9 Jun hingga 6 Julai 2013 dengan tema sambutannya “Koperasi : Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat”.

OBJEKTIF

Antara objektif sambutan Hari Koperasi Sekolah 2013 adalah seperti berikut:

  1. Menghebahkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.
  2. Menggembleng penyertaan menyeluruh, pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat.
  3. Mendedahkan pengetahuan  perniagaan kepada pelajar.
  4. Menarik minat pelajar dalam bidang perniagaan.
  5. Memupuk daya kreatif dan inovatif budaya perniagaan dalam kalangan pelajar.
  6. Melahirkan lebih ramai para peniaga dan usahawan muda.
  7. Mewujudkan kerjasama yang erat antara koperasi sekolah dan masyarakat setempat.

Pembinaan Surau SMKSS

Pembinaan Surau SMK Sg Soi, Kuantan, Pahang DM

Jumlah Pelawat

Today65
Yesterday65
This week130
This month1180
Total104454

Tuesday, 16 January 2018 17:39

Who Is Online

Guests : 72 guests online Members : No members online
Powered by CoalaWeb
Joomla templates by Joomlashine